Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

Lagi Hutang...

Data hutang PKS sedang dikemas kini.

Buat pembaca, pengutip dan pengumpat yang budiman sekalian, nantikan dari meja pks, senarai terkini nama berserta jumlah hutang sehingga bulan Mac 2009.



"JOM INSAF SAMA-SAMA"

Monday, April 6, 2009

Batal.... Maaf....

Kutipan tin bagi bulan Februari 2009 dibatalkan atas masalah-masalah teknikal dan peralihan kuasa yang berlaku.

Maaf atas segala masalah.

Kutipan tin bagi bulan Mac akan berlangsung seperti biasa bermula 27hb Mac sehingga jam 4 petang 28 Mac. Diharapkan sahabat semua dapat mengutip tin dengan gembira dan bersemangat

Friday, February 27, 2009

Perhatian...

Kutipan tin hanyalah pada 26 & 27 haribulan bagi setiap bulan...
Selepas itu tidak akan diterima..

Monday, February 23, 2009

Kutipan Tin Bulan Feb '09

Kutipan bagi bulan Jan '09 telah ditutup dan diminta ahli2 menunggu ditik tiba waktu 26hb dan 27hb Feb '09 untuk penghantaran tin seterusnya....


*Walaupun depan bilik masih ada tin, tidak bermakna anda boleh menghantar tin lagi.....

Sunday, November 23, 2008

Peraturan Ringkas PKS

1) Kutipan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 25 biji tin bagi setiap hati yang beriman (pindaan tertakluk kepada budi bicara dan hati perut pengarah dengan bantuan timbalannya).

2) Tin-tin tersebut dihantar pada 26 dan 27 haribulan setiap bulan.

3) Tin yang datang pada tarikh sebelum atau selepas akan diterima tetapi tidak akan direkodkan dan dianggap sebagai infa' tanpa mengharapkan kemasyhuran dan hamper.

4) Denda sebanyak 20 sen bagi setiap biji yang kurang.

5) Denda dibayar sebelum tamat belajar.

6) Semua tin hendaklah dipenyekkan/ dilenyekkan/ dileperkan sejujur mungkin.

7) Pembuka tin hendaklan diceraikan selama-lamanya dari badan tin tanpa perasaan belas kasihan.

8) Bilangan tin hendaklah dikira kerana pengarah mahupun timbalannya belum lagi mempelajari secara serius ilmu nujum mahupun ilmu firasat.

9) Tin yang dihantar tanpa dikira akan direkodkan sebanyak 20 biji sahaja walaupun berbondong-bondong plastik yang datang.

10) Kutipan dijalankan secara ikhlas.

11) Segala pengecualian kutipan dan bayaran tertakluk kepada pertimbangan pengarah dan timbalannya setelah dihantar surat memohon pengecualian sepanjang satu muka surat penuh kertas bersaiz A4 dengan format surat tidak rasmi dengan kata ganti diri Patik dan Tuanku.

12) Semua peraturan di atas adalah wajib dan serius dan

13) Sebarang pindaan tertakluk kepada keputusan pengarah dan timbalan yang memegang tampuk pemerintahan PKS ketika itu.