Tuesday, December 16, 2008

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Haji

Di sini, unit pks ingin mengambil peluang tanpa mengambil kesempatan untuk mengucap dan mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA HAJI / KORBAN / EIDULADHA

kepada seluruh umat Islam yang menziarahi blog ini....

Seruan takbir bergema lagi....

Rindu sungguh...


Sunday, November 23, 2008

Nilai Tin Terkini...

Untuk pengetahuan semua, nilai jualan tin kini adalah RM 1 bagi 1 kg tin...

Ana pernah bertanya kepada uncle di tempat ana menjual tin, mengapa harga tin kini tersangat rendah.

Jawapannya adalah kerajaan nak kawal penjualan besi sekarang ni. Dia juga sempat menunjukkan senarai harga besi terkini. Kebanyakannya memang telah turun dengan penurunan yang menakjubkan.

Jadi, ana membuka sebarang pandangan dan cadangan untuk memajukan lagi pks ini. Adakah PKS perlu menjual barangan kitar semula yang lain? Atau adakah PKS perlu meneruskan sahaja apa yang telah dimulakan, tanpa perubahan?

Salurkan idea sahabat-sahabat sekalian di sini bagi memastikan kesinambungan unit PKS.

Syukran.

Peraturan Ringkas PKS

1) Kutipan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 25 biji tin bagi setiap hati yang beriman (pindaan tertakluk kepada budi bicara dan hati perut pengarah dengan bantuan timbalannya).

2) Tin-tin tersebut dihantar pada 26 dan 27 haribulan setiap bulan.

3) Tin yang datang pada tarikh sebelum atau selepas akan diterima tetapi tidak akan direkodkan dan dianggap sebagai infa' tanpa mengharapkan kemasyhuran dan hamper.

4) Denda sebanyak 20 sen bagi setiap biji yang kurang.

5) Denda dibayar sebelum tamat belajar.

6) Semua tin hendaklah dipenyekkan/ dilenyekkan/ dileperkan sejujur mungkin.

7) Pembuka tin hendaklan diceraikan selama-lamanya dari badan tin tanpa perasaan belas kasihan.

8) Bilangan tin hendaklah dikira kerana pengarah mahupun timbalannya belum lagi mempelajari secara serius ilmu nujum mahupun ilmu firasat.

9) Tin yang dihantar tanpa dikira akan direkodkan sebanyak 20 biji sahaja walaupun berbondong-bondong plastik yang datang.

10) Kutipan dijalankan secara ikhlas.

11) Segala pengecualian kutipan dan bayaran tertakluk kepada pertimbangan pengarah dan timbalannya setelah dihantar surat memohon pengecualian sepanjang satu muka surat penuh kertas bersaiz A4 dengan format surat tidak rasmi dengan kata ganti diri Patik dan Tuanku.

12) Semua peraturan di atas adalah wajib dan serius dan

13) Sebarang pindaan tertakluk kepada keputusan pengarah dan timbalan yang memegang tampuk pemerintahan PKS ketika itu.

Friday, November 7, 2008

Salam Pemula Bagi Amanah Yang Bakal Berganti.

Assalamu'alaikum....

Merasakan perlunya satu wadah bagi pengarah PKS berinteraksi dengan ahlinya, maka blog ini lahir...

Merasakan perlunya satu wadah bagi pengarah PKS menyampaikan kepada ahlinya, maka blog ini lahir...

Merasakan perlunya satu wadah bagi pengarah PKS beradab dengan ahlinya, maka blog ini lahir...


Selamat Datang.
Semoga blog ini bermanfaat dan memanfaatkan.


Mohd Affan Bin Uthman
Pengarah Unit PKS